[VIDEO] Joey & Watie di TikTok, Sempoi Join Cab4ran Trend Bikin Netizen Berdekah

Pasangan, Joey dan Watie merupakan antara selebriti yang sangat disukai ramai sejak dahulu lagi. Gelagat kedua-duanya di kaca televisyen, tentu sahaja menarik tumpuan dengan bakat lakonan yang lebih kepada mencuit hati warganet.

Pasti tidak mudah untuk menjadi seorang yang menghiburkan di kaca televisyen, namun bakat kedua-dua pelakon ini cukup disenangi ramai.

Apatah lagi, Joey yang mana bagi peminat apabila lihat sahaja wajahnya tentu menimbulkan geli hati apabila lakonan dan lawaknya sering meninggalkan kesan kepada peminat.

Namun begitu, selain seorang yang dilihat lucu di kaca televisyen sememangnya Joey juga dilihat sering menghiburkan ahli keluarganya. Seperti mana yang dapat ditonton dalam video keluarga ini menyahut cabaran yang menjadi trend di aplikasi TikTok.

Joey mengundang rasa geli hati warganet dengan telatahnya sehingga Watie juga terhibur dibuatnya lalu perlu melakukan cab4ran tersebut banyak kali.

Video:

Melihatkan video yang memaparkan keluarga selebriti ini mengundang ramai peminat berdekah gara-gara Joey yang jarang tidak menghiburkan.

Netizen diruangan komen turut dilihat tidak dapat menahan ketawa mereka sehingga dia hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ratusan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

Komen netizen:

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *