
Korang mesti pernah tengok kan video viral ‘Abang Aziz j4tuh bot’? Video yang hanya berdurasi 34 saat itu mampu buat ramai terhibur dengan reaksi seorang wartawan TV3, yang ketika itu terkejvt dengan rakan sekerjanya yang tiba-tiba j4tuh dari bot semasa membuat tinjauan di kawasan banjir di Setiu, Terengganu.
Video itu pernah tular pada sekitar penghujung tahun 2018 sehingga ditonton berulang kali dan ada juga yang menjadikannya sebagai video parodi. Dengan menggunakan loghat Terengganu, video ini mampu menghiburkan rakyat Malaysia.
Tapi, korang pernah tak terfikir yang video tu dialih suara ke bahasa Jepun? Agak-agak lagi kelakar tak daripada yang asal? Kalau korang nak tahu, cuba tengok video dekat bawah ni.
Video berdurasi 33 saat yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @noyadayooon ini telah pun berjaya menghiburkan 550.3 ribu penonton!
Walaupun tidak menggunakan 100% daripada dialog asal, tetapi video itu tetap mampu membuat ramai yang terhibur dengan alih suara ke Bahasa Jepun tersebut terutamanya apabila nama Abang Aziz itu diubah kepada Aziz Onichan. Rasa macam tengah tengok anime!
Rupa-rupanya, pemilik video ini dah banyak buat alih suara ke Bahasa Jepun untuk anime-anime popular. Jealous betul min orang yang pandai cakap bahasa asing ni. Lepas ni boleh lah buat japanese dub video viral lain pula! Hehehe
Komen netizen:
Sumber: Lobak Merah